Panduan dari kerja harian Atok, bukan teori. Cukupkan dapur dulu. Ada lebihan jualan? Masuk tabung simpanan keluarga. Tenang, bukan gopoh.
Saya Nak Mula Kecil →FPX · DuitNow · eWallet · Selamat & disulitkan
412 orang dah mula. Ramai cuma nak telur sendiri.
Hasil sebenar dari penternak yang guna cara Atok Farm.
Beli anak ayam ikut kawan, tapi tak tahu nak uruskan. Akhirnya mati semua dalam seminggu.
Dah belanja banyak buat kandang dan beli dedak, tapi tak pernah kira balik berapa modal sebenar.
Tak tahu nak pilih baka apa... hybrid ke, purebreed ke. Sampai beli campur semua jenis.
Dah ada ayam, tapi tak tahu lebihan nak salur ke mana. Habis telur terbuang, tak jadi apa-apa.
Masalah lalat, bau dan penyakit datang berulang sebab takde SOP biosekuriti yang jelas.
Semangat minggu pertama tapi penat sorang-sorang. Keluarga tak masuk sekali sebab tiada sistem bersama.
"Ini bukan teori chatgpt.
Ini kerja harian saya."
Kalau awak cari income segera, ini bukan tempatnya. Tapi kalau awak nak tiga benda ni... awak di tempat yang betul.
Telur dan ayam dari reban sendiri. Harga pasaran naik turun? Dapur awak tetap jalan.
Kutip telur pagi, isi air, tabur dedak. Tangan kotor sikit, skrin kurang sikit. Disiplin datang dari reban, bukan leteran.
Bila hasil lebih dari keperluan, jual pada jiran dan komuniti. Duit tu masuk tabung masa depan, bukan untuk bermegah.
Tetapkan hala tuju: terapi keluarga, sekuriti makanan, komuniti atau pendapatan.
Hybrid vs purebreed, pilih baka ikut tujuan dan strategi jangka panjang.
SOP dari hari pertama... suhu, air, dedak, vaksin, dan kawal kematian awal.
Model kiraan dan template rekod. Tahu berapa sebenar kos setiap ekor.
Rekabentuk ikut ruang, matlamat dan bajet yang awak ada.
Jadual makan yang betul ikut peringkat umur dan tujuan ternakan.
Konsistensi pengeluaran telur dan kaedah penetasan yang berkesan.
Bila dapur dah cukup, lebihan dijual pada jiran, pasar tani dan komuniti. Hasilnya jadi simpanan.
Kaedah organik terbukti untuk bau dan lalat, tanpa ubat kimia mahal.
Rutin harian, mingguan dan bulanan supaya ayam sihat konsisten.
Kriteria value, tahan lasak, produktif dan tarikan pasaran semasa.
Konten, kepercayaan dan komuniti pelanggan untuk jangka panjang.
Semua boleh terus cetak, gantung kat reban, atau isi terus. Ini bahagian yang paling kerap orang guna hari-hari.
Atok tak boleh janji ayam awak takkan sakit. Tu bohong namanya. Tapi Atok boleh janji ni: stuck mana-mana bab, WhatsApp terus. Soalan awak, Atok jawab. Setiap bab ditulis dari kerja harian bertahun, bukan teori semata.
Ebook ni takkan buat awak kaya.
Yang cukupkan dapur awak nanti ialah kerja tangan awak sendiri. Ebook ni cuma pastikan kerja tu tak sia-sia.
412 orang dah mula dengan panduan ni.
Bukan semua jadi penjual. Ramai cuma nak telur sendiri dan dapur yang cukup. Itu pun dah menang.
Harganya RM37... lebih murah dari sekampit dedak.
Tapi boleh selamatkan awak dari kesilapan pemula yang kosnya beratus ringgit.
Isi borang di bawah. Akses dihantar terus ke email awak.
Ada soalan? WhatsApp 017-630 8520 atau emel zufaralbanjari@gmail.com
Tak boleh. Dan sesiapa yang janji macam tu, lari jauh-jauh. Ebook ni untuk cukupkan dapur, didik anak-anak, dan bina sistem kecil yang kemas. Lebihan jualan tu bonus, bukan janji.
PDF yang boleh dibaca di telefon, tablet atau komputer. Selepas bayaran berjaya, link muat turun dihantar terus ke email awak.
Ya, memang untuk pemula. Disusun langkah demi langkah dari niat, pemilihan baka, jaga anak ayam sampai urus lebihan hasil. Tak perlu latar belakang pertanian.
Smart Farmer tambah AI Atok Farm GPT, chatbot yang boleh jawab soalan spesifik tentang ternakan awak bila-bila masa, dan akses Group Support selama 3 bulan. Tambah RM10 je dari harga Starter.
Ebook: seumur hidup. Sekali beli, milik awak selama-lamanya. Untuk Pakej Smart Farmer, Group Support adalah untuk 3 bulan pertama.
InsyaAllah, dari reban kecil itulah boleh lahir sumber rezeki yang konsisten, rutin yang menyatukan keluarga, dan jalan untuk bantu lebih ramai orang.
Saya Nak Mulakan Reban Saya →