Ebook Ternak Ayam Skala Rumahan | Atok Farm

Atok Farm · Nilai, Negeri Sembilan · Sejak 2020

Untuk keluarga yang ada ruang di belakang rumah

Anak Berebut Nak Kutip Telur, Bukan Berebut Phone.

Anak kecil tersenyum memegang telur segar di depan reban, bakul penuh telur

Panduan langkah demi langkah mula ternak ayam skala rumahan. Tanpa bau. Tanpa lalat. Tanpa jiran komplen. Walaupun awak tak pernah pegang ayam seumur hidup.

Saya Nak Panduan Ni · RM37

Ebook lengkap 12 bab + 9 toolkit. Lebih 180 keluarga dah mula dengan sistem yang sama.

Petang Semalam, Macam Mana?

Kalau macam kebanyakan rumah sekarang, lebih kurang begini.

Anak balik sekolah, terus hilang dalam bilik. Panggil makan, turun dengan phone. Suruh main kat luar, dia tanya balik, "main apa?"

Dan betul jugak soalan dia tu. Kat luar tu, ada apa?

Sementara tu, ada satu lagi benda yang selalu main dalam kepala awak. Setiap kali ke kedai, harga telur lain. Barang dapur naik ikut suka. Kita ni bergantung 100% pada kedai untuk benda paling asas atas meja makan.

Lepas tu awak pandang ruang kosong belakang rumah tu.

"Kalau aku letak reban kecil kat sini..."

Bukan sekali dua terlintas. Dah bertahun.

Tapi Setiap Kali Nak Mula, Ayat-Ayat Ni Datang

  • Nanti bau, jiran mesti komplen.
  • Nanti lalat penuh satu rumah.
  • Aku tanam pokok pun mati, inikan lagi ayam.
  • Beli anak ayam, mati minggu pertama, membazir je duit.
  • Nak start dari mana pun aku tak tahu.

So awak buat apa yang semua orang buat. Scroll video orang bela ayam. Save. Hantar kat pasangan. "Best kan kalau kita buat macam ni."

Tahun lepas ayat tu. Tahun ni ayat sama.

Dan yang rugi bukan telur je. Masa dengan anak tu yang tak boleh diundur. Sekarang, ajak dia ke reban, dia lompat berlari dulu. Beberapa tahun lagi? Ajak apa pun, dia jawab dari dalam bilik.

Masalahnya Bukan Awak. Dan Bukan Ayam.

Masalahnya, tak pernah ada orang tunjuk sistem dia.

Sebab bila awak tengok betul-betul, setiap "nanti" tu ada punca yang boleh dikawal:

Takut bau

Bau bukan datang dari ayam. Ia datang dari lantai yang basah. Reban yang kering hampir tak berbau langsung, sampai orang lalu depan pagar pun tak perasan.

Takut lalat

Lalat membiak bila najis lembap. Ia dikawal dengan keseimbangan carbon dan nitrogen, guna sekam dan daun kering. Bunyi macam sains, tapi praktiknya senang. Ada satu bab khas pasal ni.

Takut bising

Yang bising tu ayam jantan. Nak telur, bela betina sahaja. Betina hanya mengekek perlahan. Jiran tak dengar apa-apa.

Takut tak terjaga

Dengan rutin yang betul, penjagaan harian cuma 10 hingga 20 minit. Kurang dari satu episod drama.

Takut ruang tak cukup

2 hingga 5 ekor dah cukup untuk mula. Tak perlu kebun. Tepi dapur belakang tu pun boleh jadi.

Bila sistem betul, semua "nanti" tu hilang satu-satu.

Dan ini bukan teori. Ini yang berlaku bila orang biasa ikut sistem ni:

"Sebulan Bela 12 Ekor. Tak Ada Bau Dan Lalat."

Komen Facebook Shah Mohamad: sebulan bela 12 ekor, tak ada bau dan lalat, ramai hairan macam mana buat

Perhatikan ayat terakhir dia tu. "Ramai hairan macam mana buat."

12 ekor. Kawasan rumah. Sebulan. Orang sekeliling hairan sebab takde bau, takde lalat.

Itu bukan nasib. Itu sistem.

Sistem Ni Datang Dari Orang Yang Setiap Pagi Dalam Reban

Awang, pengasas Atok Farm

Nama saya Awang. Tapi ramai kenal saya sebagai Atok.

Sejak 1 April 2020, setiap pagi saya masuk reban di Nilai, Negeri Sembilan. Bukan sebagai cikgu. Sebagai penternak. Saya bina reban sendiri, tetaskan telur dengan inkubator, jaga anak ayam dari hari pertama, dan rekod setiap sen kos.

Sepanjang tahun-tahun ni, saya bekalkan anak ayam baka, reban portable dan inkubator untuk keluarga yang nak mula. Dan setiap hari, WhatsApp saya penuh dengan soalan yang sama berulang-ulang:

"Atok, kenapa anak ayam saya lemah?"
"Atok, najis berair ni normal ke?"
"Atok, dedak yang mana satu?"

Saya jawab satu persatu. Sampai satu hari saya sedar, semua jawapan ni patut ada dalam satu tempat. Tersusun ikut urutan. Boleh dirujuk pukul 3 pagi masa anak ayam tiba-tiba lesu.

Jadi saya duduk, dan saya tulis semuanya.

Awang, Atok Farm

Memperkenalkan

Ebook Ternak Ayam Skala Rumahan

Ini bukan buku motivasi bela ayam. Ini SOP.

12 bab, lebih 120 muka surat. Setiap langkah dari hari awak fikir "nak mula" sampai pagi awak kutip telur sendiri. Siap dengan jadual, kiraan kos dan checklist yang Atok sendiri guna di farm dia.

Cover Ebook Ternak Ayam Skala Rumahan

Apa Ada Dalam 12 Bab Tu

Disusun ikut 3 fasa, supaya awak tahu apa nak buat dulu dan apa boleh tunggu.

Fasa 1 · Bab 1 hingga 4

Asas Yang Betul

Supaya langkah pertama awak bukan langkah yang silap.

  • Bab 1: Tujuan Ternak Ayam Skala Rumahan. Terapi keluarga, sekuriti makanan, atau dua-dua. Tujuan yang jelas tentukan semua keputusan lepas ni.
  • Bab 2: Jenis Ayam & Strategi Genetik. Baka mana sesuai untuk rumah, bukan untuk ladang.
  • Bab 3: Kendalian Anak Ayam, 8 Perkara Wajib. Minggu pertama paling kritikal. Bab ni yang selamatkan paling banyak nyawa ayam, dan duit awak.
  • Bab 4: Kos Pembesaran (Model & Template). Kira sebelum beli, bukan menyesal lepas rugi.
Fasa 2 · Bab 5 hingga 10

Sistem Harian

Bahagian yang buat jiran tak perasan awak bela ayam.

  • Bab 5: Jenis Kandang Ikut Kegunaan. Saiz, ventilasi, predator-proof. Siap jadual kiraan ruang ikut bilangan ayam.
  • Bab 6: Jenis Dedak & Susun Feeding. Dedak kena ikut fasa umur. Silap dedak, telur drop.
  • Bab 7: Penghasilan Telur & Anak Benih. Dari telur harian sampai tetaskan sendiri.
  • Bab 8: Tuai Hasil. Nak makan sendiri atau nak jual, dua-dua ada strategi.
  • Bab 9: Kawalan Lalat + Carbon vs Nitrogen. Rahsia reban tanpa bau dan tanpa lalat tu, dalam bab ni.
  • Bab 10: SOP Organik & Biosekuriti. Supaya penyakit tak masuk dan ternakan kekal selamat.
Fasa 3 · Bab 11 hingga 12

Bila Dah Stabil

Kalau satu hari nak jadikan reban tu sumber pendapatan.

  • Bab 11: Pemilihan Baka. Value, tahan lasak, produktif, tarikan. Kriteria baka yang orang sanggup bayar.
  • Bab 12: Kehendak Pasaran. Konten, iklan dan komuniti. Cara Atok sendiri bina trust dan pelanggan repeat.

Bonus: 9 Toolkit Siap Guna

Ini bahagian yang sepatutnya dijual berasingan. Semua template, checklist dan skrip dalam seksyen ni boleh terus print, tampal kat reban, dan pakai hari tu jugak:

  1. Template Kira Kos & Untung (3 Model) Ayam daging, ayam telur, pembaka. Isi nombor, terus nampak kos dan untung per ekor.
  2. Rekod Hatch Track fertility dan hatch rate setiap batch penetasan.
  3. SOP Harian / Mingguan / Bulanan Rutin 10 hingga 20 minit sehari, dah siap tersusun. Tak payah fikir, cuma ikut.
  4. Checklist Setup Kebun Ternak Audit tapak, reban dan biosekuriti sebelum ayam pertama masuk.
  5. Skrip Jualan & Skrip Reply PM Copy paste bila orang mula tanya nak beli anak ayam atau telur dari awak.
  6. Template Konten Reels/FB Format hook-bukti-offer, 20 idea hook, dan tema konten 30 hari.
  7. Dashboard KPI Bulanan Satu muka surat, terus tahu ternakan untung atau bocor.
  8. Troubleshooting Pantas Najis cair? Telur drop mendadak? Masalah, punca, tindakan. Jawapan dah siap dalam jadual.
  9. Panduan Start 1 Muka Boleh print dan hulur bila saudara mara datang tanya "macam mana kau buat ni?"

Tambahan: lampiran template label batch untuk telur benih dan anak ayam, plus ringkasan setiap bab di hujung ebook.

Apa Yang Masuk Dalam Phone Atok Setiap Minggu

Ini bukan review yang diminta. Ini mesej harian dari keluarga yang dah mula:

Mesej pelanggan: anak-anak excited dapat main dengan anak ayam

Nadea, hantar gambar anak-anak dia dengan anak ayam yang baru sampai.

Mesej pelanggan: ayah happy betul menerima ayam

Naily, mulakan ternakan untuk ayah dia. Terapi paling murah untuk parents yang dah pencen.

Perkongsian dalam group: hari ketiga kutip telur, bakul berisi telur

Kak Intan, dalam Group Full Support. Dia mula dengan ayam dewasa yang sedia bertelur dari Atok. Hari ketiga, bakul dah berisi.

Nak rasa suasana macam ni setiap minggu? Sambung baca. Ada satu pakej yang bawa awak masuk terus dalam group ni.

Berapa Nilai Sistem Macam Ni?

Ilmu asas yang sama, Atok ajar dalam kelas fizikal dia bermula RM90.

Dan kalau nak kira kos tak tahu: satu batch anak ayam yang mati sebab silap suhu brooder boleh hanguskan ratusan ringgit. Tambah satu lagi, rasa nak give up terus.

Ebook ni, dengan semua 12 bab dan 9 toolkit sekali:

RM37

Lebih kurang harga 3 tray telur. Bezanya, lepas ni telur datang dari belakang rumah sendiri.

Pilih Cara Awak Nak Mula

Ebook Sahaja

RM37

Untuk yang selesa belajar sendiri.

  • Ebook penuh 12 bab (lebih 120 muka surat)
  • 9 Toolkit siap guna + lampiran template label
  • Format PDF. Baca di phone, tablet, atau print
  • Akses kekal, rujuk bila-bila
  • Group Full Support WhatsApp
Ambil Ebook · RM37
Paling ramai pilih

Ebook + Group Full Support

RM47 Tambah RM10 sahaja dari pakej Ebook

Untuk yang tak nak tersangkut sorang-sorang.

  • Semua dalam pakej Ebook
  • Group Full Support WhatsApp bersama Atok
  • Tanya terus bila ada masalah. Anak ayam lesu, najis berair, telur drop, hantar je gambar
  • Belajar dari 180+ ahli yang dah jalan dulu, kongsi hasil setiap minggu

Had group: 500 orang · Dah masuk: 180 · Baki: 320

Kenapa ada had? Sebab Atok jawab sendiri dalam group ni. Bila penuh 500, pendaftaran group ditutup supaya semua orang masih dapat perhatian.

Ambil Ebook + Group · RM47

Masih timbang sama ada RM10 tambahan tu berbaloi? Ni komen dari ahli group sendiri:

Komen Facebook Tuan Macx: tak pernah tak reply wasap jika bertanya, sentiasa membantu tak kira masa

Soalan Yang Selalu Sampai Kat Atok

Saya duduk rumah teres / taman perumahan. Boleh ke bela ayam?

Boleh, dan ramai ahli group memang duduk kawasan taman. Kebanyakan tempat tiada larangan khusus untuk ternakan skala kecil. Isu biasanya timbul bila ada gangguan: bau, bunyi, atau kawasan kotor. Dan tiga-tiga tu memang benda yang sistem dalam ebook ni kawal dari awal. Bela betina sahaja untuk telur, jaga reban kering, jiran pun selalunya tak perasan.

Saya betul-betul zero. Tak pernah pegang ayam seumur hidup.

Ebook ni memang ditulis untuk orang macam awak. Bab 1 hingga 4 pimpin dari kosong: tetapkan tujuan, pilih baka, jaga anak ayam minggu pertama, dan kira kos sebelum keluar duit. Atok cadangkan mula dengan 2 hingga 5 ekor dulu. Kecil, terkawal, senang belajar.

Kena ada tanah luas ke?

Tak. Untuk 2 hingga 5 ekor, ruang kecil di belakang atau tepi rumah dah memadai. Bab 5 ada jadual kiraan ruang ikut bilangan ayam, jadi awak boleh ukur sendiri sebelum bina apa-apa.

Bau dan lalat macam mana? Itu yang saya paling risau.

Sebab tu ada satu bab khas untuk dia: Bab 9, Kawalan Lalat dan Carbon vs Nitrogen. Prinsipnya, reban kering hampir tiada bau, dan lalat dikawal dengan keseimbangan bahan carbon macam sekam dan daun kering. Ahli yang ikut sistem ni bela belasan ekor pun orang sekeliling hairan sebab takde bau.

Saya kerja. Ada masa ke nak jaga?

Rutin harian dalam SOP cuma 10 hingga 20 minit: semak air, dedak, najis, kutip telur. Ramai ahli buat sekali waktu pagi sebelum keluar kerja, dan anak-anak pula amik alih waktu petang. Itu sebenarnya bahagian paling best.

Ebook ni dalam bentuk apa? Macam mana saya terima?

Format PDF. Selepas pembayaran berjaya, link untuk dapatkan ebook akan dihantar terus kepada awak. Boleh baca di phone, tablet, laptop, atau print bahagian toolkit untuk tampal kat reban. Akses kekal, bukan langganan.

Group Full Support tu macam mana cara dia?

Awak akan dimasukkan ke group WhatsApp rasmi Atok Farm. Ada masalah, tanya terus. Hantar gambar anak ayam yang lesu pun boleh, Atok dan ahli lain bantu jawab. Setakat ni 180+ ahli dalam group, dan setiap minggu ada je yang share hasil telur pertama diorang.

Lepas baca, anak ayam dan reban nak beli kat mana?

Bila dah bersedia, Atok sendiri ada bekalkan anak ayam baka, ayam dewasa sedia bertelur, reban portable dan inkubator. Ahli group selalunya dapat guidance terus pasal ni. Tapi ebook ni tak mengikat awak beli dari Atok, sistemnya boleh pakai dengan mana-mana pembekal.

Dua Petang, Beberapa Bulan Dari Sekarang

Petang pertama

Sama macam petang semalam. Anak dalam bilik dengan phone. Telur masih dalam senarai barang kedai. Ruang belakang rumah tu masih kosong. Masih "nanti".

Petang kedua

Awak buka pintu belakang. Anak dah tunggu dengan bakul kecil, berebut siapa masuk reban dulu. Bunyi betina mengekek perlahan. Tiga biji telur, masih suam. Esok pagi, sarapan datang dari reban sendiri.

Dua-dua petang tu bermula dari apa awak buat dengan page ni hari ni.

RM37. Satu sistem lengkap. Bertahun-tahun "teringin" tu, selesai.

Saya Pilih Petang Kedua

Klik akan bawa awak terus ke borang pendaftaran di bawah.

Lengkapkan Pendaftaran Awak Kat Sini

Pilih pakej dalam borang di bawah. Pembayaran selamat, dan ebook dihantar terus selepas bayaran berjaya.

Ada soalan sebelum daftar? WhatsApp Atok terus di sini.

Atok Farm · Hub Ternakan Ayam Skala Rumahan · Nilai, Negeri Sembilan

© 2026 Atok Farm. Hak cipta terpelihara.

Ebook + Toolkit · RM37Group support tinggal 320 tempat
Daftar